Tahun lepas, Blizzard mengambil keputusan untuk menjenamakan semula perkhidmatan atas-talian multi-pemain mereka, Battle.net ke sebuah jenama baru dibawah Blizzard. Dengan menggunakan nama syarikat, mereka berhasrat untuk menyenangkan pengguna mengakses laman rasmi mereka dan memahami penawaran berkenaan. Tetapi, Battle.net merupakan nama yang digunakan oleh Blizzard melebihi 20 tahun sejak pelancaran permainan Diablo pada tahun 1996.

Kini, Blizzard mengambil keputusan untuk meneruskan penggunaan nama Battle.net, tetapi mereka menambah Blizzard Battle.net sekaligus menggunakan sebuah rekaan logo terbaru bagi perkhidmatan atas-talian multi-pemain mereka itu. Ini bermakna, nama Battle.net akan diteruskan, dan bukannya ditamatkan seperti dirancang pada awalnya.

Dari segi perkhidmatan dan sistem aplikasi, ia masih lagi dikekalkan sebagai Battle.net seperti biasa yang digunakan oleh pengguna. Proses penjenamaan semula ini ialah untuk memudahkan pengguna baru dan juga pengguna lama Battle.net untuk mengenali servis atas-talian Blizzard tersebut.

Sohor Kini