Supercell hari ini berkongsi melalui Twitter mengatakan mod 2v2 pada Clash Royale akan kembali tidak lama lagi.
Melalui mod 2v2, anda boleh bersama rakan anda untuk bersaing dengan dua orang lagi pihak lawan. Ia sebelum ini telah ditawarkan untuk pengguna cuba pada bulan Julai lepas. Pengenalan mod berkenaan sendiri menerima pelbagai reaksi positif daripada para pemain Clash Royale seluruh dunia.
Supercell juga turut memperlihatkan yang mana mod 2v2 ini akan bermula dalam masa 6 hari lagi, iaitu sekitar 20 Ogos 2017 kelak.
Bagi anda yang masih aktif bermain Clash ROyale, mungkin boleh tandakan kalendar anda, dan bersedia untuk menundukkan pihak musuh hasil kerjasama rakan anda pada minggu hadapan.
Meanwhile, in Clash Royale… 🤗 pic.twitter.com/Ulet3XBltf
— Clash Royale (@ClashRoyale) August 14, 2017