Informasi Permainan Video Terkini
PlayStation Network Akan Melalui Proses Penyelenggaraan Esok, 15 Ogos

PlayStation Network Akan Melalui Proses Penyelenggaraan Esok, 15 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Bagi anda yang bermain permainan di PS4, PS3 dan PSVita secara atas-talian, kini Sony mengumumkan yang mana PlayStation Network akan melalui proses penyelenggaraan pada 15 Ogos ini. Proses penyelenaggaraan yang akan dilalui adalah sangat singkat, iaitu antara pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi.

Ketika itu, anda tidak boleh bermain permainan di PlayStation 4 secara atas-talian, memuat-turun permainan atau kandungan, dan mengakses PSN Store.

Selain daripada itu, pelbagai perkara lain masih boleh dilakukan seperti kebiasaan – termasuk memainkan permainan tanpa memerlukan talian internet.