Pada hari ini, terdapat beberapa permainan dan permua yang memfokuskan kepada simulasi pembangunan permainan atau Game Dev. Dengan kaedah permainan yang lebih kurang sama, tetapi beberapa ciri-ciri tambahan, kini sebuah permainan baru hadir, dinamakan Startup Company.
Melalui Startup Company, pemain akan memulakan dengan mengambil kontrak daripada syarikat lain untuk pembangunan – mengumpulkan duit, memilih pejabat, mengambil pekerja, memperluaskan produk, dan sebagainya.
https://www.youtube.com/watch?v=VQvlKaPv5TI
Permainan Startup Company ini dibangunkan oleh pembangun bebas, dan daripada ulasan awal, permainan ini dilihat menawarkan kaedah permainan yang baik, tetapi tidak begitu menyeluruh untuk anda mendapatkan pengalaman membangunkan syarikat sepenuhnya.
Apa pun, sekiranya anda ingin mencuba permainan ini, boleh mendapatkan ia melalui Steam pada harga RM23 hari ini.
[download]Beli Startup Company di Steam[/download]