Informasi Permainan Video Terkini
U Mobile Bakal Menaja MESL (Malaysia eSports League)

U Mobile Bakal Menaja MESL (Malaysia eSports League)

Diterbitkan pada Ogos 10, 2017 oleh .

Arena e-sukan makin popular di Malaysia akhir-akhir ini. Sejumlah pertandingan telah diadakan, dan terkini, U Mobile akan menaja sebuah acara baru yang dinamakan Malaysia eSports League.

MESL

Apakah permainan yang akan diumumkan untuk dipertandingkan masih belum diketahui lagi. U Mobile dan penganjur MESL dijangka berkongsi lanjut dan melancarkan MESL ini secara rasminya pada minggu hadapan.

Selain U Mobile, MESL ini juga turut akan disokong oleh Logitech, eGG Network dan Twitch.

Seperti biasa, kami akan membawakan info lanjut mengenai pelancaran dan permainan yang akan dipertandingkan pada minggu hadapan. Selain U Mobile, pihak Celcom juga akan mengumumkan acara e-sukan tajaan mereka tersendiri pada minggu hadapan.