Informasi Permainan Video Terkini
Berlumba Drag Dan Hancurkan Kenderaan Lawan Melalui Carmageddon: Crashers

Berlumba Drag Dan Hancurkan Kenderaan Lawan Melalui Carmageddon: Crashers

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Bagi para peminat permua, Stainless Games kini telah menerbitkan permainan lumba kereta terbaru mereka, Carmageddon: Crashers. Seperti biasa, ia ditawarkan secara percuma untuk Android dan iPhone – dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Carmageddon

Melalui Carmageddon, berbeza dengan perlumbaan biasa, ia turut memfokuskan kepada menghancurkan pihak lawan sehingga tidak boleh berlumba dengan anda – sekaligus memastikan anda menang. Seperti biasa, anda perlu menaik-taraf kenderaan dalam memastikan ia tahan impak hentakkan, menambah kelajuan, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini secara percuma di Google Play Store dan Apple AppStore.

Muat-Turun Carmageddon : Crashers untuk Android

Muat-Turun Carmageddon : Crashers untuk iOS