Skip to main content

ROG Masters merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan oleh Asus Malaysia dalam mempertandingkan beberapa permainan video popular, dan menawarkan hadiah bernilai melaluinya.

Untuk tahun 2017 ini, ROG Masters bakal kembali pada bulan September 2017 ini yang menyaksikan dua permainan popular dipertandingkan, iaitu CS GO dan juga DOTA 2. ROG Masters pada kali ini akan menawarkan hadiah berjumlah RM100,000 untuk para pemenang.

ASUS ROG Masters

Sebagai peringkat permulaan, saringan untuk ROG Masters akan bermula daripada bulan Julai 2017 ini, dimana pusingan pertama akan bermula 22 Julai 2017 ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk menyertai ROG Masters, dan bersaing dengan rakan-rakan lain untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

[info]Daftar : ROG Masters 2017[/info]

Leave a Reply