Azure Striker Gunvolt: Striker Pack ialah permainan kompilasi Azure Striker Gunvolt 1 dan Azure Striker Gunvolt 2 di Nintendo Switch. Hari ini, Inti Creates mengumumumkan edisi terhad bagi permainan berkenaan dengan harga ¥8,000(~RM311) di Jepun. Edisi terhad tersebut akan mengandungi:
- Permainan Azure Striker Gunvolt: Striker Pack
- Cakera animasi OVA Azure Striker Gunvolt
- Cakera Drama CD Azure Striker Gunvolt
- Kotak cakera edisi Khas
Azure Striker Gunvolt: Striker Pack akan dilancarkan secara global 31 Ogos ini di Nintendo Switch eShop secara digital. Bagi pemain di Jepun, anda berpeluang untuk mendapatkan edisi terhad dan juga edisi fizikal.