Skip to main content

Celcom, syarikat telekomunikasi terkemuka tempatan bakal menaja acara pertandingan dan kejohanan untuk permainan e-sukan popular, Dota 2. Dinamakna sebagai Celcom The Major League, ia dijangka berlangsung pada bulan Oktober kelak.

Acara ini dijangka akan disertai oleh sekitar lapan pasukan terkemuka dari pelbagai negara, dan bersaing untuk memenangi hadiah berjumlah RM300,000.

Celcom dijangka akan berkongsi lanjut mengenai acara ini pada minggu hadapan. Kami di Aksiz akan menawarkan kemaskini daripada acara perkongsian Celcom tersebut kelak.

Leave a Reply