Sony hari ini telah mula menawarkan firmware terbaru untuk Playstation 4 iaitu 4.73. Melalui nota kemaskini Playstation, kemaskini tersebut merupakan hanya kemaskini untuk penambahbaikkan kualiti prestasi Playstation 4, dan tiada sebarang ciri baru yang disertakan.

Ia juga bukan kemaskini yang besar, dengan hanya 340.6MB, anda boleh memuat-turun kemaskini tersebut sekarang. Beberapa minggu lepas, kita baru sahaja menerima kemaskini 4.72, juga yang dinyatakan oleh Sony merupakan kemaskini untuk penambahbaikkan kualiti prestasi Playstation 4.

Selain daripada itu juga, Sony telah mengumumkan ujian Beta untuk kemaskini firmware 5.00 Playstation 4.

Para pembaca, apakah yang anda harapkan untuk kemaskini 5.00? Adakah pemain Playstation akhirnya boleh menukar PSN ID seperti yang diura-urakan sebelum ini?

Sohor Kini