Informasi Permainan Video Terkini
Beta Tertutup Untuk Final Fantasy XV Mod Multi-Pemain Comrades Boleh Dimuat-Turun Sekarang

Beta Tertutup Untuk Final Fantasy XV Mod Multi-Pemain Comrades Boleh Dimuat-Turun Sekarang

Diterbitkan pada Ogos 2, 2017 oleh .

Beberapa hari lepas, Square-Enix telah mengumumkan mod multi-pemain Comrades. Kini, ia sudah boleh dimuat-turun di PSN Store secara percuma.

Untuk memuat-turun mod permainan tersebut, pemain perlu mempunyai pas musim bagi permainan dan melanggani Playstation Plus. Ia boleh dimuat-turun sekarang, tetapi mod tersebut hanyalah boleh dimain bermula 3 Ogos sehingga 8 Ogos ini sahaja. Saiz bagi mod permainan ini pula adalah 12GB sahaja.

Beta tertutup atas-talian mod permainan ini memfokuskan kepada ciri multi-pemain di dalam alam Final Fantasy XV. Pemain boleh membina watak kendiri untuk menjalankan misi-misi yang disediakan bersama tiga lagi pemain lain secara atas-talian.

Square-Enix masih belum lagi menyatakan tarikh pelancaran bagi mod ini, tetapi mereka menyatakan ketika pelancaran mod ini kelak, pemain akan mendapat pelbagai jenis misi, kawasan untuk dimain dan pelbagai watak untuk dimainkan termasuk Noctis dan rakan-rakannya.

Mod Multi-Pemain : Final Fantasy XV Comrades