Informasi Permainan Video Terkini
Mod Multi-Pemain Dinamakan Comrades Diumumkan Untuk Final Fantasy XV

Mod Multi-Pemain Dinamakan Comrades Diumumkan Untuk Final Fantasy XV

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Buat peminat siri Final Fantasy, Square Enix kini telah mengumumkan mod multi-pemain untuk permainan Final Fantasy XV berjudul Comrades.

Mod ini bakal diadakan dalam bentuk beta tertutup pada 3 hingga 8 Ogos untuk PS4 dan Xbox One. Pemain boleh membuat avatar watak mereka sendiri dan menyertai sehingga 3 pemain lain untuk bermain mod multi-pemain Comrades ini, termasuk melakukan pelbagai misi untuk pulihkan keadaan Lucis.

Untuk bermain beta tertutup ini, pemain perlu mempunyai Playstation Plus bagi pemain PS4, dan Xbox Live Gold untuk pemain Xbox One bersama Season Pass untuk permainan Final Fantasy XV. Pemain yang mempunyai syarat yang cukup, layak untuk memuat-turun mod Comrades di Xbox Games Stores dan PSN Store pada tarikh beta tertutup tersebut.

Square-Enix masih lagi belum menyatakan tarikh pelancaran bagi mod ini, dan mereka mengesahkan yang pemain tidak akan membawa avatar ketika bermain beta tertutup ke permainan penuh kelak. Untuk pelbagai infomasi berkenaan mod multi-permain Comrades buat permainan Final Fantasy XV, anda boleh melayari laman rasmi Final Fantasy XV.

Laman Rasmi Final Fantasy XV Comrades