Pereka permainan Square-Enix dari Malaysia, Wan Hazmer akan turut berada di PSX SEA 2017 hujung minggu ini. Beliau merupakan ketua bahagian pereka permainan Final Fantasy XV yang dilancarkan tahun lepas.

Kini, sempena permainan Final Fantasy XV:Monster Of The Deep yang bakal berada di PSX SEA 2017, Wan Hazmer akan turut bersama untuk mempromosi dan berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan tersebut.

Bagi anda yang ingin berjumpa Wan Hazmer, pereka permainan Square-Enix yang bertanggungjawab meletakkan roti canai di permainan Final Fantasy XV, anda boleh hadirkan diri ke PSX SEA 2017 yang akan diadakan pada 5 Ogos ini di KL Live Kuala Lumpur.

Sohor Kini