Skip to main content

Minggu lepas, Sony telah mengadakan sebuah persidangan khas di Shanghai, China iaitu ChinaJoy. Selain pengumuman permainan VR, Sony juga telah mengumumkan China bakal mendapat berkas eksklusif untuk permainan Horizon Zero Dawn bersama Playstation 4 Pro.

Terima kasih kepada Daniel Ahmad dari Twitter, akhirnya kita dapat melihat Playstion 4 Pro bundle tersebut yang telah diumumkan di China.

Tiada perbezaan penawaran dari segi rekaan konsol Playstation 4 Pro tersebut sendiri, tetapi bundle tersebut menyertakan sebuah rekaan esklusif untuk Dualshock 4, iaitu hadir bersama rekaan Horizon Zero Dawn. Buat masa ini, Playstation 4 Pro Bundle bersama Horizon Zero Dawn ini hanyalah boleh didapati China sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Sony akan memperluaskan penawaran tersebut ke pasaran luar China atau sebaliknya.

Leave a Reply