Informasi Permainan Video Terkini
Empat Permainan Playstation VR Diumumkan Di Chinajoy

Empat Permainan Playstation VR Diumumkan Di Chinajoy

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Dengan kerjasama pembangun permainan di Asia dan Sony Interactive Entertainment, Playstation mengumumkan empat permainan baru untuk PSVR di Shanghai ketika expo Chinajoy. Expo Chinajoy yang dijayakan hari ini di Shanghai merupakan acara meraikan industri permainan video. Empat permainan PSVR yang diumumkan ialah Stifled, The Walker, Kill X dan Legion Commander.

Stifled merupakan permainan yang dibangunkan oleh Gattai Games dari Singapore, dimana pemain akan bermain sebagai seorang yang buta. Pemain perlu menggunakan bunyi echolocation untuk mengendali kawasan permainan Stifled ini sambil menyelesaikan misteri Stifled itu sendiri.

The Walker dibangunkan oleh Hay Maker merupakan permainan perlawanan fantasi dimana permain akan mengendali sihir dan pedang untuk menentang musuh. Ia ditempatkan di zaman pra-sejarah Shanghai.

Killer X oleh VIVA Games ialah permainan berunsur thriller. Pemain akan ditempatkan di pulau dan perlu menyelesaikan misteri sebuah organisasi yang membuat experimen manusia.

Legion Commander merupakan permainan strategi masa-nyata oleh ChangYou Games. Pemain akan mengawal tiga jenis kaum orcs, manusia dan elves untuk mengalahkan musuh dengan mengbentuk askar, kumpulan di medan pertempuran.

Tarikh pelancaran bagi empat permainan tersebut masih lagi belum diumumkan. Playstation akan mengumumkan infomasi untuk permainan ini pada masa akan datang.