Magic: The Gathering (MTG) dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari lepas yang mempekenalkan beberapa mekanik baharu seperti Max Speed dan Exhaust. Ia juga menyertakan pelbagai rekaan kad menarik seperti ‘Serialised Full-Art Borderless Foil’ yang akan dihasilkan sebanyak 500 keping sahaja.
Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai Magic: The Gathering Aetherdrift di pautan ini.
Bersempena dengan pelancaran penambahan terbaru ini, Wizards of the Coast juga telah menyediakan kami Magic: The Gathering Aetherdrift Bundle untuk dibuka. Magic: The Gathering Aetherdrift Bundle ini merupakan salah satu produk yang ditawarkan untuk penambahan ini.
Produk ini ditawarkan dengan harga RM240 dan boleh dikatakan bersesuaian untuk yang baru ingin bermula bermain MTG dan juga yang ingin memulakan koleksi bagi penambahan ini tetapi tidak bersedia untuk berbelanja lebih.

Apa Di Dalam Kotak
Setiap Magic: The Gathering Aetherdrift Bundle mengandungi 1 promo kad yang menyertakan karya alternatif yang eksklusif untuk produk ini. Ia juga hadir dengan kekemasan Traditional Foil bagi kad Lumbering Woldwagon.
Seterusnya ia juga menyertakan 40 kad Land dengan 20 daripadanya adalah Foil dan 20 lagi nonfoil termasuk juga 10 Land dengan rekaan Full-Art. Tambahan pada itu anda juga akan mendapat 1 dadu nyawa, 1 kota simpanan kad dan 2 kad rujukan.


Tarikan utama bagi Bundle ini sudah semestinya 9 Play Booster daripada penambahan ini, setiap Play Booster ini akan menyertakan 14 kad yang terdiri daripada pecahan Rarity seperti berikut:
- 6-9 Commons
- 3-5 Uncommons
- 1-4 Rares atau Mythic Rares
- 1 Traditional Foil (semua Rarity)
Play Booster sudah semestinya menarik untuk dibuka dan digunakan seperti mana Draft Booster sebelum ini, anda buka beberapa Booster dan membentuk dek segera daripadanya untuk bermain dan dapat mencuba kad dan mekanik baharu penambahan ini.
Apa Di Dalam Play Booster
Kami sudah membuka kesemua Play Booster yang disertakan di dalam Bundle ini dan daripada 9 kami mendapat 11 kad dengan Rarity Rares, dan daripada 11 tersebut, 2 merupakan Mythic Rare yang bagi saya sedikit mengecewakan kerana jumlah yang sedikit tetapi sudah dijangkakan kerana ada 9 pek sahaja.

Kad-kad Mythic Rare yang kami dapat adalah Thunderous Velocipede -Borderless ($5.49), dan Loot, the Pathfinder ($2.99). Selain itu, antara kad Rare yang kami peroleh adalah Marketback Walker, Repurposing Bay dan Full Throttle yang boleh dikatakan sebagai kad berharga walaupun dengan Rarity Rare sahaja.
Selain Bundle, penambahan ini juga hadir dengan beberapa produk lagi iaitu Play Boosters, Collector Boosters, 2 Commander Decks Pek Prerelease, dan Finish Line Bundles.


