Wizards of the Coast akan mula menganjurkan acara pra-pelancaran bagi penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Aetherdrift bermula pada 7 Februari di kedai-kedai rasmi ataupun Wizards Play Network (WPN) yang anda boleh lihat melalui senarai ini, acara ini akan berlangsung sehingga 30 April 2025.

Pemain yang menyertai acara ini akan mendapat ‘tracking card’ Race to Victory. Untuk menyelesaikan tracking card ini pemain perlu menyertai acara-acara berbeza seperti pra-pelancaran, Draft, Standard, Commander dan juga acara lain seperti Modern, Sealed dan Legacy.
Selain mendapat ganjaran-ganjaran menarik seperti pin, poster, dan lifecounter, tiga pemain pertama yang menyelesaikan Race to Victory sebelum 23 Mac akan layak juga berpeluang untuk mendapatkan trofi Aetherspark.
Magic The Gathering: Aetherdrift
Magic The Gathering: Aetherdrift merupakan penambahan pertama bagi MTG untuk tahun ini dan ia akan tiba secara rasmi pada 14 Februari. Dengan bertemakan lumba, penambahan ini juga menyertai mekanik baharu seperti Max Speed.
Selepas menggunakan kad yang mempunyai arahan “Start Your Engines”, pemain perlu mengira kelajuan. Kelajuan akan bertambah setiap pusingan jika lawan hilang nyawa sehinggalah mencapai Max Speed. Kad akan mempunyai interaksi berbeza mengikut kelajuan.
Seterusnya Exhaust, yang mempunyai kebolehan yang hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk setiap satu sesi permainan. Dua mekanik yang akan dikembalikan adalah Mount dan juga Vehicle yang bersesuaian dengan tema ini.



Antara kad menarik yang boleh didapatkan melalui penambahan ini adalah kad Aetherspark akan menerima hiasan ‘Serialised Full-Art Borderless Foil’ yang akan dihasilkan sebanyak 500 keping sahaja, setiap kad ini akan dilabelkan dengan nombor. Kad ini hanya boleh didapatkan di dalam Collector Boosters.
Memeriahkan lagi penawaran, terdapat juga First-Place Box Topper kad dengan rekaan khas untuk Play Booster dan juga Collector Booster, Graffiti Giants, dan Japan Showcase juga akan kembali menawarkan kad dengan karya oleh artis-artis Jepun.
Magic The Gathering: Aetherdrift akan dilancarkan dengan produk Play Boosters, Collector Boosters, 2 Commander Decks Pek Prerelease, Bundles, dan Finish Line Bundles.


