Reuters hari ini telah melaporkan yang Sony di dalam perbincangan untuk mengambil syarikat media Kadokawa Corporation yang merupakan syarikat induk untuk beberapa syarikat media lain.

Antara syarikat bawah mereka adalah seperti Acquire, BookWalker, Kadokawa Gempak Starz (80%) dan juga FromSoftware (69%) iaitu pembangun untuk permainan Dark Souls dan Elden Ring.

Perbincangan dikatakan sedang berjalan dan jika persetujuan dicapai, ia akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi. Buat masa ini, Kadokawa bernilai $2.7 bilion dan Sony sudah memiliki 2% pegangan di dalamnnya.

Sony juga memegang 14% di dalam FromSoftware dan jika pengambil-alihan berlaku, boleh dikatakan yang FromSoftware akan dimiliki hampir sepenuhnya oleh Sony.

Buat masa ini, pihak Sony dan juga Kadokawa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan ini.

Leave a Reply