Honor of Kings Malaysia telah mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan pencipta kandungan dan juga peniaga iaitu Nigel Sparks untuk hadir dengan pek suara tempatan pertama bagi permainan tersebut.
Bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2024, pemain boleh melakukan misi di dalam permainan untuk mendapatkan Spark Coins yang kemudiannya boleh menebus pek suara tersebut.

Antara suara yang disertakan adalah “Jangan cakap abang tak payung” iaitu sesuatu yang sering dicakapkan oleh Nigel Sparks di dalam video dan juga penstrimannya.
Nigel Sparks mengatakan yang menghasilkan suara untuk permainan ini bukan sahaja meletakkan suarannya di dalam permainan, tetapi juga untuk membawa budaya, identiti dan juga bahasa ke depan.
Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.


