Pengguna X iaitu @HazzadorGamin dan @Phantompainss telah berkongsi gambar sebenar untuk PlayStation 5 dengan rekaan baharu yang telah diumumkan pada bulan lepas. Gambar ini juga memperlihatkan ia dibandingkan dengan PlayStation 5 dengan rekaan asal.

Seperti dinyatakan sebelum ini, PlayStation 5 yang juga digelar sebagai ‘PS5 Slim’ mempunyai rekaan yang lebih kecil untuk kelebaran dan juga ketinggian. Menurut kenyataan rasmi, rekaan baharu ini mempunyai isi padu 30% lebih rendah dan berat dikurangkan sebanyak 18% dan 24%.

Konsol PlayStation 5 baharu ini ditawarkan dengan harga RM2499 untuk edisi PlayStation 5 Ultra HD Blu-ray, sementara PS5 Digital Edition pula berharga RM2069. Sementara pemacu Ultra HD Blu-ray Disc Drive pula ditawarkan pada harga RM529 secara berasingan.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuknya di Malaysia walaupun akan mula ditawarkan di beberapa negara bermula November ini.

Leave a Reply