Convergent Distribution iaitu pengedar rasmi baharu untuk barangan Nintendo telah membuka gedung Nintendo di Shopee dan juga Lazada seperti diumumkan sebelum ini. Gedung ini bukan sahaja menawarkan konsol tetapi juga permainan-permainan fizikal.
Anda boleh layari gedung tersebut melalui pautan berikut – Shopee dan Lazada.

Selain membuka gedung rasmi ini, Covergent Distribution juga akan membuka kedai Nintendo di Best Denki, Popular, Courts Malaysia dan juga Thundermatch. Mereka juga menyediakan jaminan tempatan untuk kesemua barangan dan juga akan menganjurkan promosi serta acara tempatan.
Anda boleh layari laman rasmi Convergent Distribution untuk maklumat lanjut.


