PlatinumGames telah mengumumkan yang Hideki Kamiya iaitu Naib Presiden untuk studio tersebut akan meninggalkan PlatinumGames bermula pada 12 Oktober 2023. Hideki Kamiya juga telah mengeluarkan kenyataan sendiri mengesahkan peninggalan beliau tersebut dan mengatakan keputusan ini diambil mengikut kehendak dia sendiri.
Hideki Kamiya merupakan pengasas bersama untuk PlatinumGames yang merupakan gabungan di antara Seeds Inc. dan Odd Inc. pada tahun 2007 dan Hideki Kamiya adalah pengasas untuk Seeds Inc. bersama dengan Shinji Mikami, Atsushi Inaba setahun sebelum.

Bersama dengan PlatinumGames telah menjadi pengarah untuk siri permainan Bayonetta, The Wonderful 101 dan menyelia permainan-permainan seperti Astral Chain, dan World of Demons.
Buat masa ini tidak disahkan lagi apa penglibatan seterusnya untuk Hideki Kamiya, menurut beberapa laporan ada yang mengatakan dia akan menyertai studio permainan video yang berasaskan di China seperti Toshihiro Nagoshi iaitu pengasas untuk Ryu Ga Gotoku Studio.


