The Menu adalah filem dengan skor ulasan 10/10 di Aksiz pada tahun lepas. Kami turut menyenaraikan filem ini dalam 10 Filem Terbaik 2022 Mengikut Ulasan Di Aksiz. Ia adalah filem satira atau komedi gelap mengenai pengkritik makanan dan juga selebriti yang menggemari makan di restoran mewah dengan hidangan unik. Kini filem ini sudah disiarkan di Disney+ Hotstar dan jika anda berminat, ia sudah boleh ditonton. Perlu diingatkan, filem ini hadir dengan rating 18+ kerana ada adegan ganas dan mengerikan.

Filem ini memfokuskan kepada watak Margot (Anya Taylor-Joy) dan Taylor (Nicholas Hoult), pasangan pengkritik makanan yang berpeluang untuk mencuba masakan cef terkemuka Julian Slowik (Ralph Fiennes) di sebuah restoran eksklusif Hawthorn yang berada di pulau terpencil. Tema hidangan adalah gastronomi molekular di mana setiap makanan mempunyai maksud yang tersirat dengan seni kulinari yang dahsyat.

Baca: Ulasan The Menu – Sajian Satira Yang Menyelerakan

Leave a Reply