Pixar adalah studio di bawah Disney yang terkenal dengan pelbagai kandungan siri animasi atau filem. Dengan Disney+, Pixar hanya menawarkan siri animasi pendek dan kini mereka sudah bersedia dengan siri TV penuh dengan Win Or Lose.

Win or Lose akan menjadi siri TV penuh pertama Pixar selepas sekian lama fokus kepada filem dan siri TV pendek. Ia adalah siri animasi mengenai pasukan sofbal sekolah dan akan menyampaikan cerita kisah setiap salah seorang pemain berdasarkan perspektif masing-masing.

Siri animasi ini dicipta oleh Michael Yates, Carrie Hobson, dan David Lally serta Will Forte akan menjadi pelakon suara sebagai pelatih Coach Dan. Ia akan disiarkan pada sekitar tahun 2023 nanti. Di acara Disney Content Showcase, sedikit klip pendek dipertontonkan dan ia mempunyai rekaan animasi yang lebih segar berbanding Pixar biasa. Penyampaian cerita juga adalah bersahaja yang sesuai untuk hiburanm kanak-naka dan tontonan bersama keluarga.

Seterusnya adalah filem Elemental, di mana memfokuskan kepada elemen-elemen alam semula jadi. Jika Inside Out adalah perasaan dan emosi sebagai watak, Elemental adalah elemen-elemen alam. Dalam dunia filem ini, semua watak adalah awan, angin, air, api, tanah dan dunia ini juga diperbuat daripada alam semula jadi seperti kereta api air, dan banyak lagi.

Filem ini mengisarkan Ember dan Wain iaitu api dan air lakonan Leah Lewis (Nancy Drew) dan Mamoudou Athie (Jurassic World Dominion). Ia akan fokus kepada dua watak ini jatuh cinta, tetapi ada halangan kerana air bokeh membunuh api. Pixar berkongsi yang filem ini agak sukar dibangunkan.

Antara sebabnya adalah, ia menggunakan pergerakan yang lebih rumit, rekaan watak yang banyak hampir lutsinar dan banyak pantulan semula. Mereka juga bukan fokus kepada watak tetapi membina dunia animasi baharu yang besar dan pelbagai potensi boleh dilakukan dengan aset-aset ini.

Leave a Reply