Acara tahunan Disney yang dinantikan ramai iaitu D23 sudah pun berlangsung. Kami telah pun laporkan mengenai filem-filem Disney dan Pixar yang akan tiba di Disney+ dan pawagam akan datang. Walaupun semasa hari pelabur Disney beberapa bulan lalu sudah banyak diumumkan, acara tersebut tidak cukup.

D23 turut mengumumkan dua animasi baharu iaitu Zootopia+ dan Win or Lose.

Zootopia+

Bermula dengan filem mengenai dunia di mana haiwan mempunyai kehidupan seperti manusia, Zootopia. Siri animasi ini adalah sebuah antologi yang menceritakan kisah-kisah dalam dunia Zootopia ini seperti mengenai haiwan-haiwan lain.

Zootopia+ akan mempunyai enam episod dengan judul “The Real Rodents of Rodentia,” “Duke the Musical,” “Hopp on Board,” “The Godfather of the Bride,” “So You Think You Can Prance,” dan “Dinner Rush”.

Ia akan disiarkan di Disney+ pada 9 November akan datang.

Win or Lose

Win or Lose akan menjadi siri TV penuh pertama Pixar selepas sekian lama fokus kepada filem dan filem pendek. Ia adalah siri animasi mengenai pasukan sofbal sekolah. Animasi ini akan menceritakan kisah setiap salah seorang pemain daripada perspektif masing-masing.

Siri animasi ini dicipta oleh Michael Yates, Carrie Hobson, and David Lally dan Will Forte akan menjadi pelakon suara sebagai pelatih Coach Dan. Ia akan disiarkan pada sekitar tahun 2023 nanti.

Sohor Kini