Metal Gear Survive yang merupakan permainan spin-off dari siri popular Metal Gear akan dilancarkan pada 22 Februari ini. Bagi mereka yang ingin memainkannya pada platform PC, keperluan spesifikasi sudahpun dikongsi oleh pihak Konami dan ianya agak rendah.

Spesifikasi PC Metal Gear Survive
Pemproses Paling MinimumIntel Core i5-4460 (3.40 GHz) , empat teras atau lebih baik
Pemproses DisarankanIntel Core i7-4790 (3.60GHz), empat teras atau lebih baik
Kad Grafik Paling MinimumNVIDIA GeForce GTX 650 (2GB)
Kad Grafik DisarankanNVIDIA GeForce GTX 960
RAM Paling Minimum4 GB
RAM Disarankan8 GB
Ruang Pemasangan20 GB
Sistem OperasiWindows 7/8/10 64-bit

Spesifikasi minimum hanya memerlukan sebuah GTX 650 (2GB) yang sudah berusia hampir enam tahun. Pada tetapan tertinggi sekalipun ia hanya memerlukan memori sebesar 8GB dan storan sebesar 20GB. Bagi mereka yang masih belum mahu memboikot Konami, anda boleh menghela nafas lega kerana spesifikasi untuk memainkan Survive tidak memerlukan anda membeli PC baru.

Leave a Reply