Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Metal Gear Survive

Metal Gear Survive yang merupakan permainan spin-off dari siri popular Metal Gear akan dilancarkan pada 22 Februari ini. Bagi mereka yang ingin memainkannya pada platform PC, keperluan spesifikasi sudahpun dikongsi oleh pihak Konami dan ianya agak rendah.

Spesifikasi PC Metal Gear Survive
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-4460 (3.40 GHz) , empat teras atau lebih baik
Pemproses Disarankan Intel Core i7-4790 (3.60GHz), empat teras atau lebih baik
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX 650 (2GB)
Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce GTX 960
RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 20 GB
Sistem Operasi Windows 7/8/10 64-bit

Spesifikasi minimum hanya memerlukan sebuah GTX 650 (2GB) yang sudah berusia hampir enam tahun. Pada tetapan tertinggi sekalipun ia hanya memerlukan memori sebesar 8GB dan storan sebesar 20GB. Bagi mereka yang masih belum mahu memboikot Konami, anda boleh menghela nafas lega kerana spesifikasi untuk memainkan Survive tidak memerlukan anda membeli PC baru.

Sohor Kini