Steam mempunyai beberapa jualan promosi, dan kini ia dikatakan Steam mungkin akan kembali dengan jualan bersempena Tahun Baru Cina pada bulan hadapan, Februari. Sebelum ini, pada 2017 yang lepas, jualan bersempena Tahun Baru Cina ini tidak diadakan.
Melalui info yang dikongsikan oleh Steam Database, ia dikatakan jualan ini akan berlangsung antara 15 Februari hingga ke 19 Februari kelak.
Dengan jualan promosi khas ini, kita mungkin akan dapat melihat sejumlah permainan ditawarkan pada harga diskaun yang lebih tinggi berbanding hari biasa.
Seperti biasa, buat masa ini, pihak Steam masih belum mengesahkannya secara rasmi – dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat.
The next @steam_games sale is Lunar New Year Sale and will run from February 15th to 19th.
Thanks to Steam Direct, it now takes less than 5 hours for that information to leak.
— SteamDB (@SteamDB) January 23, 2018


