Embracer Group merupakan satu gergasi di dalam industri permainan video dengan kini menjadi rumah kepada pelbagai studio seperti THQ Nordic, Saber Interactive, Koch Media, dan Gearbox Entertainment. Mereka tampaknya akan mengembangkan lagi empayar dengan mengambil alih dua lagi syarikat iaitu Dark Horse dan Perfect World Entertainment.

Dark Horse Media yang mungkin terkenal melalui syarikat Dark Horse Comics yang merupakan penerbit kepada pelbagai komik popular seperti The Mask dan The Umbrella Academy yang juga mempunyai siri TV dan filem tersendiri. Mereka tidak mengumumkan kos ambil-alih tetapi mengatakan yang ia akan membuka ruang kepada mereka untuk hadir dengan pelbagai permainan video dan juga kandungan hiburan lain berdasarkan IP yang dimiliki oleh Dark Horse.

Manakala Perfect World Entertainment. Embracer Group mengambil alih dengan bayaran $125 juta, mereka dikenali dengan pembangunan dan penerbitan permainan video seperti siri Neverwinter dan Torchlight. Mereka juga terlibat dengan industir filem dan siri TV melalui Perfect World Pictures yang mempunyai banyak kandungan khusus untuk China. Bersama dengan Perfect World, dua studio di bawah mereka iaitu Runic Games dan Cryptic Studios juga akan menjadi sebahagian Embracer Group.

Pengambil-alihan kedua-dua syarikat ini dijangka akan disempurnakan pada awal tahun 2022.

Leave a Reply