Nampaknya selepas kita semua disajikan dengan pelbagai filem dan siri TV MCU pada tahun ini, tahun 2022 mungkin akan menjadi sedikit perlahan. Terkini, Disney mengesahkan yang filem-filem MCU tahun 2022 dan ke atas telah ditunda ke tarikh baharu.
Menurut sumber, beberapa filem ada yang masih memerlukan masa untuk pasca-proses, suntingan, serta ada juga yang masih dalam sesi penggambaran. Sebab yang lebih jelas tidak didedahkan.

Walaupun ditunda, filem-filem ini akan kekal menjadi eksklusif di pawagam dan tidak akan dimasukkan di Disney+ selagi belum ditayangkan. Berikut adalah filem yang terkesan;
- Doctor Strange In The Multiverse Of Madness –
25 Mac 2022ke 6 Mei 2022. - Thor: Love And Thunder –
6 Mei 2022ke 8 Julai 2022 - Black Panther: Wakanda Forever –
8 Julai 2022ke 11 November 2022 - The Marvels –
11 November 2022ke 17 Februari 2023 - Ant-Man And The Wasp: Quantumania –
17 Februari 2023ke 28 Julai 2023 - Filem MCU Tanpa Judul –
28 Julai 2023kini dibuang dari jadual - Filem MCU Tanpa Judul lain –
6 Oktober 2023turut dibuang dari jadual - Filem MCU Tanpa Judul lain lagi satu –
10 November 2023ke 3 November 2023.


