Nampaknya selepas kita semua disajikan dengan pelbagai filem dan siri TV MCU pada tahun ini, tahun 2022 mungkin akan menjadi sedikit perlahan. Terkini, Disney mengesahkan yang filem-filem MCU tahun 2022 dan ke atas telah ditunda ke tarikh baharu.

Menurut sumber, beberapa filem ada yang masih memerlukan masa untuk pasca-proses, suntingan, serta ada juga yang masih dalam sesi penggambaran. Sebab yang lebih jelas tidak didedahkan.

Walaupun ditunda, filem-filem ini akan kekal menjadi eksklusif di pawagam dan tidak akan dimasukkan di Disney+ selagi belum ditayangkan. Berikut adalah filem yang terkesan;

Sohor Kini