Netflix dan CD Projekt Red telah menganjurkan acara bersama untuk meraikan peminat siri The Witcher iaitu WitcherCon. Semasa acara tersebut, Netflix telah mengumumkan yang musim kedua untuk siri The Witcher akan disiarkan pada 17 Disember 2021.

Berdasarkan treler acah yang dikongsi, musim kedua akan memfokuskan kepada pengembaraan Geralt dan Cirilla, di mana sebagai “anak yang dijanjikan” Geralt membawa Ciri ke Kaer Morhen untuk menjadikan serta melatih dirinya menjadi seorang Witcher.

The Witcher merupakan siri oleh Netflix yang merupakan adaptasi kepada siri novel yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski. Ia ditulis oleh Lauren Schmidt Hissrich dan melibatkan senarai pelakon seperti Henry Cavill, Freya Allan, dan Anya Chalotra. Musim pertama sudah disiarkan di Netflix dan anda boleh tonton ulasan kami di pautan ini.

Netflix juga telah mengumumkan yang filem animasi The Witcher Nightmare of the Wolf akan tiba pada 23 Ogos, dan juga telah mengumumkan satu lagi siri iaitu The Witcher: Blood Origin namun masih tiada tarikh siaran.

Leave a Reply