Netflix hari ini mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan siri baharu berdasarkan The Witcher tetapi bukan musim ke-2 untuknya, akan tetapi siri sampingan di mana ia berlaku 1200 tahun sebelum kisah Geralt of Rivia dan mengenai orang pertama yang menjadi Witcher. Ia berjudul The Witcher: Blood Origin.

Siri ini akan mempunyai 6 episod dan ia akan dihasilkan oleh Declan de Barra yang menulis untuk satu episod bagi The Witcher musim pertama bersama dengan Lauren Schmidt Hissrich iaitu penulis utama untuk musim pertama.

Kisah permulaan Witcher tidak pernah diceritakan oleh pereka asal penceritaan ini iaitu Andrzej Sapkowski, oleh itu agak menarik untuk mengetahui lanjut mengenai premis yang akan dibawa.

Netflix sebelum ini turut mengumumkan filem animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf.

Leave a Reply