Netflix dan CD Projekt Red telah menganjurkan acara bersama untuk meraikan peminat siri The Witcher iaitu WitcherCon. Semasa acara tersebut, Netflix telah mengumumkan yang filem animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf akan disiarkan pada 23 Ogos 2021.

Filem animasi ini akan memfokuskan kepada watak Vesemir yang boleh dikatakan sebagai guru kepada Geralt. Namun, filem ini akan berlaku sebelum Geralt dan memperlihatkan bagaiman Vesemir menjadi Witcher dan cuba melawan satu bencana yang akan tiba.

Seperti diumumkan sebelum ini, filem animasi ini akan mengekalkan pasukan penulis siri The Witcher iaitu Lauren S. Hissrich dan Beau DeMayo. Mereka juga mengumumkan yang Studio Mir akan menjadi studio yang menghasilkannya iaitu studio yang menerbitkan Legend of Korra.

Netflix juga telah mengumumkan yang musim kedua untuk The Witcher akan tiba pada 17 Disember 2021, dan juga telah mengumumkan satu lagi siri iaitu The Witcher: Blood Origin namun masih tiada tarikh siaran.

Leave a Reply