Baru-baru ini Warner Bros. telah menerbitkan video acah baharu bagi filem The Suicide Squad. Ia merupakan olahan semula/sekuel oleh James Gunn kepada filem Suice Squad pertama yang diarahkan oleh David Ayer. Filem ini menyertakan beberapa pelakon dan watak asal dan turut menampilkan beberapa yang baru.
Dalam video acah ini, sedikit sebanyak memperlihatkan bagaimana Blood Sport masuk ke penjara Bell Reves – iaitu menembak Superman dengan peluru Kryptonite. Selain itu, ia turut memperlihatkan bagaimana Amanda Waller lakonan Viola Davis menubuhkan semula pasukan Task Force X ini untuk menghentikan Project Starfish yang dipercayai adalah watak raksasa tahap Kaiju seakan Godzilla yang digelar sebagai Starro. Projek keji ini dilihat adalah tanggungjawab pasukan askar Corto Maltese.
Selain Bloodsport, Peacemaker lakonan John Cena, kembalinya Captain Boomerang lakonan Jai Courtney, Harley Quinn kembali dengan lakonan oleh Margot Robbie dan juga Joel Kinnaman sebagai Colonel Rick Flag akan muncul dalam filem ini.

Filem ini turut akan membawakan watak-watak komik seperti Polka-Dot Man lakonan David Dastmalchian, Steve Agee sebagai King Shark, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Nathan Fillion sebagai T.D.K., Pete Davidson sebagai Blackguard, Flula Borg sebagai Javelin, Mayling Ng sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai The Thinker, Michael Rooker sebagai Savant, Alice Braga sebagai Sol Soria, dan juga adik James Gunn – Sean Gunn sebagai Weasel.
Filem ini akan ditayangkan pada 6 Ogos dan turut akan disiarkan di HBO MAX tahun ini.


