Lego Builder’s Journey ialah sebuah permainan puzzle dimana sebagai seorang pemain, anda perlu menggunakan bongkah Lego untuk mencipta sebuah laluan untuk watak dalam permainan melepasi sesebuah tahap.

Permainan ini, yang dibangunkan oleh Light Brick sebelum ini ialah permua eksklusif untuk Apple Arcade, tetapi nampaknya dengan pengakhiran kontrak tersebut, mereka bersedia untuk memperkenalkan permainan ini pada platform-platform lain pula.

Light Brick bakal memperkenalkan permainan ini melalui dua platform PC yang popular, iaitu Steam dan Epic Games Store pada 22 Jun ini, bersama-sama pada platform Nintendo Switch pada tarikh yang sama.

Apa yang menarik mengenai pengumuman ini lagi ialah Lego Builder’s Journey untuk platform PC nampaknya bukan sahaja akan hadir dengan penambahbaikan dari segi grafik, tetapi juga sokongan untuk Ray-tracing, teknologi grafik pemantulan cahaya yang memerlukan kemampuan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX ataupun AMD Radeon RX6000.

Leave a Reply