Eternals adalah filem baru Marvel Studios dalam dunia MCU, yang mana filem ini akan bermula di masa silam – iaitu beribu tahun sebelum Captain America: First Avenger. Watak-watak Eternals adalah makhluk asing purba yang merupakan adiwira dan penjaga bumi, kerana mereka turut menyamar sebagai manusia dan tinggal di bumi. Jalan cerita filem ini masih tidak jelas, tetapi filem ini dikatakan berada dalam MCU fasa keempat, dan berlaku selepas Endgame. Terdapat satu tragedi berlaku melibatkan Deviant, jadi semua ahli Eternals bangkit dan membantu.

Thanos juga merupakan antara spesis Eternals, beliau adalah yang terakhir dari Zuhal dalam kategori Titan. Filem ini akan diarahkan oleh Chloé Zhao, beliau juga akan menjadi penulis skrip bersama-sama dengan Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan 4 November 2021.

Semalam, acara anugerah Oscar telah berlangsung dan Chloé Zhao telah dipilih sebagai pemenang pengarah terbaik kerana mengarahkan filem Nomadland.Filem ini adalah drama mengisahkan seorang wanita berusia sekitar 60 tahun yang telah hilang segalanya kerana kegawatan ekonomi dan telah menjadi nomad moden iaitu suku kaum ysng berpindah-pindah.

Secara tidak langsung menjadikan, Eternals filem pertama MCU yang diarahkan oleh pengarah yang memenangi Oscar. Jadi, anda rasa bagaimana? Adakah filem ini akan menjadi filem drama yang perlahan tetapi memberi impak besar atau akan menjadi filem hero penuh aksi seperti biasa?

Leave a Reply