Thanos adalah penjahat utama untuk francais filem Marvel Cinematic Universe (MCU). Watak ini mula muncul dalam filem Avengers pertama pada tahun 2012 di kredit akhir. Ketika itu Damion Poitier adalah pelakon bagi watak Thanos sebelum digantikan dengan Josh Brolin. Watak ini mula memainkan peranan utama dalam filem Avengers: Infinity War dan juga Avengers: Endgame.
Filem MCU seterusnya adalah The Eternals, yang dijadualkan untuk ditayangkan pada Februari 2021. Terkini menurut The Direct, Thanos ada kaitan dengan The Eternals. Informasi ini diperoleh dari Avengers S.T.A.T.I.O.N, iaitu pameran interaktif mengenai filem-filem Marvel seperti pameran prop, informasi watak dan banyak lagi. Dalam pameran ini, Thor telah memberi informasi mengenai Thanos. Menurut informasi ini, Thanos adalah spesis terakhir The Eternals dan dikatakan berasal dari bulan terbesar planet Zuhal dan adalah sejenis Titan secara semula jadi.
Di dalam komik, Thanos adalah anak kepada spesis The Eternals A’lars dan Sui-San. Tetapi setakat ini, dalam filem The Eternals tiada langsung nama A’lars dan Sui-San disenaraikan. Watak yang dilihat ada kaitan rapat adalah Thena (lakonan Angelina Jolie), iaitu sepupu kepada Thanos. Filem The Eternals juga merupakan filem prekuel yang akan berlaku di antara 7000 tahun dahulu di zaman Mesopotamia sehinggalah zaman moden. Ada juga ura-ura yang menyatakan masa spesifik filem ini adalah pada 800 Sebelum Masihi.
Filem ini juga akan banyak berlaku di angkasa dan juga bumi. Kononnya, Celestials (makhluk awal di angkasa sebelum wujudnya Asgardian) turun ke bumi dan melakukan eksperimen dan menghasilkan Eternals, Deviants dan Latents. Eternals dan Deviants kerap berperang dan menyebabkan Celestials berasa marah dan menyebabkan berlakunya Great Cataclysm di bumi. Suatu hari, Eternals dan Deviants ini berbaik dan dilaporkan salah seorang dari Deviants mungkir janji dan menyebabkan peperangan bermula kembali.
Di dalam filem-filem MCU, Celestials sudah pun muncul. Antaranya adalah Eson the Searcher dan Ego (penampilan dalam filem Guadian of the Galaxy) dan juga Knowhere (penampilan dalam filem Thor: The Dark World dan juga Guardians of the Galaxy). Bagi yang tidak tahu Peter Quill, iaitu Star-Lord juga merupakan spesis Celestials kerana anak kepada Ego – tetapi jenis hibrid.