The Eternals adalah salah satu filem baharu dalam MCU untuk fasa keempat. Filem ini akan ditayangkan pada 6 November 2020. Apa yang menarik dengan filem ini adalah, ia akan berlaku di alam semesta (angkasa lepas) seperti Thor dan Guardians of The Galaxy. Filem in juga merupakan filem kedua MCU yang mempunyai pelakon daripada Korea Selatan, selepas Age of Ultron.

Kumail Nanjiani, iaitu salah seorang pelakon dalam filem ini telah mengesahkan yang The Eternals berlaku pada masa silam. Ia berlaku jauh ke belakang sebelum Captain America: First Avenger. Tambahan beliau lagi, filem ini juga merupakan satu filem yang unik dan tidak seperti filem-filem MCU yang lain.

Di acara D23 2019, setiap pelakon utama The Eternals telah naik ke pentas dan rekaan kosep kostum mereka telah diperlihatkan. Rekaannya mengingatkan saya kepada siri TV Marvel Inhumans, oleh ABC. Pengarah filem ini adalah Chloe Zhao, pelakon-pelakon utama adalah Angelina Jolie (Thena), Richard Madden (Ikaris), Salma Hayek (Ajak), Kumail Nanjiana (Kingo), Brian Tyree Henry (Phastos), Lia McHugh (Sprite), Dong-seok Ma (Gilgamesh), Lauren Ridloff (Makkari), dan Barry Keoghan.

Sohor Kini