Ketua PlayStation Worldwide Studio, Hermen Hulst telah mengumumkan yang Ghost of Tsushima telah terjual sebanyak 5 juta unit sejak dilancarkan pada 17 Julai yang lepas. Menjadikan ia adalah permainan terlaris untuk IP baharu oleh mereka.

Pencapaian ini adalah sesuatu yang sangat baik terutama untuk Sucker Punch, namun ia bukanlah perkara yang mengejutkan. Ghost of Tsushima sebelum ini telah terjual sebanyak 2.4 juta unit selepas 3 hari dikeluarkan.

Dengan mereka juga melancarkan kemaskini seperti mod multi-pemain Legends, ia dijangkakan akan terus terjual dengan baik terutama apabila lebih ramai pemain mendapatkan PS5 kelak. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Ghost Of Tsushima – Kembali Ke Zaman Feudal Jepun Dengan Permainan Dunia Terbuka Yang Menawan.

Leave a Reply