Sony Interactive Entertainment dan Sucker Punch Production hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini 1.1 buat permainan Ghost Of Tsushima pada 16 Oktober 2020 ini secara percuma.
Melalui kemaskini ini, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah mod multi-pemain “Legends” yang diumumkan sebelum ini.
Melalui kemaskini ini, Sucker Punch menyatakan yang mana mereka akan menyertakan beberapa kandungan tambahan di mana salah satunya keupayaan untuk bermain semula dari awal dengan fungsi New Game+. Melaluinya, pemain berupaya untuk memilih kuda baharu dan juga menemui penjual pewarna pakaian baharu.
Selain itu, fungsi New Game+ tersebut juga akan menyertakan barangan Charms baharu bersama trofi baharu buat pemain. Selain itu, pemain juga berupaya untuk memindah charm dengan lebih pantas melalui kemaskini ini mengikut pilihan baju perisai pemain.

Pada msa yang sama, mod-multi-pemain koperasi, iaitu “Legends” juga turut akan dilancarkan minggu hadapan secara bersama yang mana pemain boleh bermain sebanyak 4 pemain serentak untuk mini pertahanan hidup khas dan mod penceritaan khas sebanyak dua pemain. Untuk mengakses mod tersebut, pemain boleh bercakap dengan watak Gyozen seperti di imej di atas, di mana beliau akan membenarkan pemain untuk bermain secara multi-pemain melalui bentuk ‘penceritaan rakyat’.
Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, mod multi-pemain ini juga akan menyertakan 4 kelas watak khas iaitu Samurai, Hunter, Ronin dan Assassin yang mana setiap satunya mempunyai kemahirannya tersendiri.
Sucker Punch juga menjanjikan pelbagai kandungan tambahan akan disertakan pada masa akan datang, termasuklah misi-misi raid yang akan dilancarkan secara berperingkat.
Ghost of Tsushima telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan anda boleh membaca ulasan kami untuk permainan ini di pautan ini.