Apple baru-baru ini telah mengumumkan siri baharu untuk iPhone iaitu iPhone 12. Bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga mengesahkan yang tawaran langganan Apple TV+ secara percuma selama setahun untuk pembelian peranti baharu masih lagi ditawarkan.

Tambahan daripada itu, mereka juga mengumumkan yang pembeli juga akan menerima langganan Apple Arcade secara percuma selama 3 bulan. Ia bukan terhad untuk pembelian iPhone 12 sahaja tetapi juga untuk pembelian mana-mana peranti baharu seperti iPad, iPod touch, Apple TV, atau Mac selepas 22 Oktober ini.

Apple TV+ dan Apple Arcade juga akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan langgana bersama iaitu Apple One yang dijangka tiba pada akhir tahun ini.

Leave a Reply