Apple hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri iPhone 12. 4 model diperkenalkan, iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Bersama-sama pelancarannya, Apple turut mempertontonkan sebuah permua yang dinantikan ramai, iaitu League of Legends : Wild Rift.

Buat masa ini, ia diuji dikalangan pengguna Android, dan kini ia turut dikongsikan akan hadir ke iPhone tidak lama lagi pada tahun ini.

Permainan ini juga dijangka akan mengambil kelebihan cip Apple A14, dan menawarkan pengalaman permainan yang lebih lancar menggunakan cip pemprosesan berkuasa dan juga rangkaian 5G.

Dengan perkongsian terbaru pembangunnya, sama-sama kita nantikan permua ini hadir ke iPhone tidak lama lagi.

Sohor Kini