Selepas tiba di Shopee Singapura beberapa bulan yang lepas, Ubisoft juga akhirnya membuka kedai rasmi mereka di Shopee Malaysia. Kedai tersebut memfokuskan barangan cenderamata seperti pakaian, figura dan mug. Berdasarkan penyenaraian, barangan tersebut akan dihantar dari luar negara oleh itu, ia akan mengambil masa untuk penghantaran.

Ia juga ada menjual permainan video versi fizikal tetapi pilihan adalah sangat terhad.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga melakukan jualan promosi pembukaan iaitu potongan 20% untuk mana-mana barangan melainkan barangan promosi dan pra-tempah. Anda perlu gunakan baucar ‘UBISJUL20’.

Jika anda adalah pengikut setiap Ubisoft, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik.

[info]Shopee: Ubisoft Official Shop[/info]

Leave a Reply