Siri anime Shaman King boleh dikatakan antara tajuk anime shounen yang cukup terkenal sekitar awal tahun 2000 yang memperkenalkan watak utamanya, Asakura Yoh yang boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu, dan menggunakannya untuk bertarung dengan individu-individu lain yang boleh melakukan perkara yang sama.

Sayangnya, anime Shaman King tamat di saat-saat genting kerana manga yang masih belum habis dilukis pada waktu itu. Ini menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dan menunggu waktu dimana ia dapat ditamatkan dengan baik.

Terkini, sebuah video acah telah dikeluarkan oleh pihak pelukis manga, Hiroyuki Takei yang mengumumkan bahawa Shaman King akan menerima siri animasi baharu yang merangkumi kesemua 35 jilid manga siri tersebut pada bulan April 2021.

Ini bermakna sama seperti siri-siri seperti Full Metal Alchemist: Brotherhood, Hunter x Hunter dan Fruits Basket terbaru, Shaman King ialah anime terkini yang menerima animasi semula yang melengkapkan cerita yang tertunggak sebelum ini.

Leave a Reply