Tampaknya, ura-ura berkenaan Resident Evil Village ataupun Resident Evil 8 yang tertiris sebelum ini adalah benar di mana Capcom hari ini akhirn ya mengumumkan permainan Resident Evil Village secara rasmi ketika acara PlayStation 5 sebentar tadi.

Resident Evil Village bertempatkan beberapa tahun selepas Resident Evil 7 Biohazard di mana pemain sekali lagi akan bermain sebagai Ethan Winters. Chris Redfield yang mana sebelum ini juga diperlihatkan di Resident Evil 7 juga turut kembali, namun dengan rekaan lebih menyerupai siri Resident Evil sebelum ini.

Resident Evil Village juga akan mengekalkan bentuk permainan secara penembak pandang pertama. Manakala sistem inventori seperti permainan Resident Evil sebelum ini dengan memfokuskan ruangan yang terhad.

Bersempena dengan pengumuman itu, Capcom juga berkongsi satu video khas oleh pembangun yang mana mereka memperlihatkan permainan tersebut dengan lebih lanjut. Menurut mereka, Resident Evil Village menggunakan enjin permainan RE Engine yang diperbaharui khas untuk konsol generasi seterusnya.

Dengan visual realistik, audio immersif tanpa sebarang pemuatan, Resident Evil Village akan menyertakan visual permainan seram yang mana pasti akan menggerunkan peminat.

Capcom mengumumkan yang mana Resident Evil Village akan dilancarkan di konsol PlayStation 5, Xbox Series X dan PC melalui Stam pada tahun 2021 ini.

Leave a Reply