Bethesda Softworks hari ini telah mengumumkan spefikasi untuk PC bagi permainan Wolfenstein II: The New Colossus yang akan tiba pada 27 Oktober. Bagi anda yang menantikan permainan ini untuk PC, anda boleh menyemak sama ada komputer anda mempunyai spesifikasi minima berikut ataupun tidak supaya dapat menikmati permainan ini dengan lancar.

Spesifikasi Wolfenstein II: The New Colossus
Pemproses Paling MinimumIntel Core i7-3770
AMD FX-8350
Pemproses DisarankanIntel Core i7-4770
AMD FX-9370
Kad Grafik Paling MinimumNvidia GTX 770 4GB
AMD Radeon R9 290 4GB
Kad Grafik DisarankanNvidia GTX 1060 6GB
AMD Radeon RX 470 4GB
RAM Paling Minimum8 GB
RAM Disarankan16 GB
Ruang Pemasangan55 GB
Sistem OperasiWindows 7, Windows 8.1, Windows 10 (versi 64-bit sahaja)

Wolfenstein II: The New Colossus bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. September lepas, Bethesda Softworks juga mengumumkan versi Nintendo Switch bakal dilancarkan bagi permainan tersebut pada tahun 2018.

Leave a Reply