Informasi Permainan Video Terkini
Keperluan Spefikasi PC Untuk Permainan Wolfenstein II: The New Colossus Diumumkan
PC

Keperluan Spefikasi PC Untuk Permainan Wolfenstein II: The New Colossus Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Bethesda Softworks hari ini telah mengumumkan spefikasi untuk PC bagi permainan Wolfenstein II: The New Colossus yang akan tiba pada 27 Oktober. Bagi anda yang menantikan permainan ini untuk PC, anda boleh menyemak sama ada komputer anda mempunyai spesifikasi minima berikut ataupun tidak supaya dapat menikmati permainan ini dengan lancar.

Spesifikasi Wolfenstein II: The New Colossus
Pemproses Paling Minimum Intel Core i7-3770
AMD FX-8350
Pemproses Disarankan Intel Core i7-4770
AMD FX-9370
Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GTX 770 4GB
AMD Radeon R9 290 4GB
Kad Grafik Disarankan Nvidia GTX 1060 6GB
AMD Radeon RX 470 4GB
RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan 16 GB
Ruang Pemasangan 55 GB
Sistem Operasi Windows 7, Windows 8.1, Windows 10 (versi 64-bit sahaja)

Wolfenstein II: The New Colossus bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. September lepas, Bethesda Softworks juga mengumumkan versi Nintendo Switch bakal dilancarkan bagi permainan tersebut pada tahun 2018.