Melalui akaun rasmi Twitter PlayStation, Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengumumkan informasi lanjut berkenaan konsol generasi seterusnya oleh mereka pada lewat malam esok, iaitu pada jam 12 tengah malam pada 19 Mac 2020 bagi waktu tempatan.

Menurut mereka, pengumuman tersebut akan memperlihatkan sistem pembinaan PlayStation 5 dan bagaimana ianya akan membentuk permainan akan datang yang mana akan diterangkan oleh Mark Cerny sendiri.

Seperti biasa, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan secara rasmi.

Leave a Reply