Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Microsoft akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan Gears 5 yang diumumkan oleh mereka sebelum ini iaitu pada 10 September 2019.
Gears 5 kali ini akan memfokuskan watak Kait Diaz dan pada masa yang sama, The Coalition, pembangun permainan tersebut juga mengumumkan mod baharu yang dipanggil ‘Escape’.
Menurut mereka, mod tersebut akan memfokuskan bentuk multi-pemain sebanyak 3 pemain di mana pemain perlu berkerjasama untuk menewaskan sebilangan musuh yang banyak.
Selain itu, Micrososft juga mengumumkan kandungan khas hasil kolaborasi mereka bersama filem Terminator Dark Fate yang mana ianya kelihatan akan memberi peluang pemain untuk bertempur dengan robot Terminator. Kandungan tersebut bakal tiba khas buat mereka yang mempunyai langganan Xbox Game Pass menjelang 16 September ini.


